Rabu, 28 November 2012

Resepi Laksa Kuala Perlis

Resepi Laksa Kuala Perlis
Resepi Laksa Kuala Perlis, adalah antara laksa yang popular di perlis, Kelainannya ialah buat dari beras dan buat di mana anda beli, Banyak terdapat di Jalan Sarawak kuala perlis, Jalan market kuala perlis dan Laksa Kaksu kuala Perlis., Restoren nelayan,

Bahan-bahan Laksa Kuala Perlis ( 4 Org )

  • 1 Kg laksa beras
  • 1 Kg ikan kembung
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula 'Gherek'
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji cili merah
  • Belacan sebesar ibu jari 
  • Bunga kantan
  • BAHAN ULAM
  • 1 biji timun (potong lidi)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
  • 10 biji cili api (potong bulat nipis)
  • Daun selom secukupnya (racik halus)
Resepi Laksa Kuala Perlis, bunga kantan, daun kesum untuk laksa
Daun kesum dan bunga kantan menambah kesedapan laksa kuala perlis

 Cara-cara Laksa Kuala Perlis

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.
Daun kesum secukupnya kuntum bunga kantan  bahan yang membuat laksa itu bertambah sedap

selamat mencuba

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS ANDA