Lihat Kelebihan Jam Tawaf Iftinan Dan Jam Tawaf Hijra

Isnin, 31 Oktober 2011

Sungai Perlis

SUNGAI PERLIS berukuran lebih kurang 11.50 KM panjangnya, menyusuri Bandar Kangar yang mengalir sehingga Kuala Perlis. Ia menghubungkan beberapa sungai seperti Sungai Bakong, Sungai Kechor, Sungai Korok dan Sungai Repoh sebagai laluan ke Kuala Perlis.

Nama Sungai Perlis diambil sebagai sungai utama di negeri ini, lebih-lebih lagi laluannya adalah pusat bandar di Bandar Kangar. Ia dipilih sebagai sungai yang diberi perhatian dalam kempen 1 Negeri 1 Sungai dan proses pengindahan sungai sedang dijalankan sejak tahun 2008.

 SENARAI SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI PERLIS

Bil. Nama Sungai Panjang (KM)
1. Sungai Perlis 11.50
2. Sungai Arau 9.60
3. Sungai Korok 16.75
4. Sungai Abi 12.80
5. Sungai Siran 6.35
6. Sungai Kurung Batang 5.65
7. Sungai Ngolang 3.75
8. Sungai Chuping 6.15
9. Sungai Lencongan Utara 5.50
10. Sungai Gial 7.00
11. Sungai Mentalon 4.80
12. Sungai Panggas 8.00
13. Sungai Jernih 8.00
14. Sungai Temenggong 6.40
15. Sungai Batu Pahat 8.00
16. Sungai Kechor 6.50
17. Sungai Repoh 4.45
18. Sungai Santan 9.45
19. Sungai Buluh 4.80
20. Sungai Tasoh 9.60
21. Sungai Jarum 6.40
22. Sungai Chuchoh 4.80
23. Sungai Pelarit 8.00
     
  Jumlah 174.20 km

Bandar Kangar Perlis

KOMPLEKS DUN DAN PENTADBIRAN BARU PERLIS
Kangar merupakan pusat pentadbiran Negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan.

Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah perlabuhan darat (Pengkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.

Bertempat di pengkalan inilah para pedagang berjual beli di bawah sebatang pohon tinggi dan merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urusniagainilah yang bernama “Pohon Kangar”. Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut


Kangar La Ni

Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Dimana bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain dari itu, bangunan-bangunan lain adalah seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Derma, Masjid Alwi, deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena sejarah Bandar ini seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.

Justeru itu, tidak hairanlah jika kita menemui beberapa buah kota di Negeri Perlis ini dan diantarannya ialah Kota Sena yang terdapat di Bandar Kangar. Hakikat sebenarnya, Bandar Kangar turut menyimpan pelbagai khazanah warisan senibina yang kian dilupakan oleh kerana ketiadaan penyimpanan bahan-bahan artifik sejarah yang sempurna di negeri ini pada suatu ketika dahulu

Ahad, 30 Oktober 2011

Nat , Pasar malam, Pasar Tani Perlis

NAT KUALA PERLIS
Berikut adalah Jadual yang sempat aku kumpul mengenai Nat (pasar pagi), Pasar Malam dan Pasar Tani di Perlis. Sekiranya ada maklumat lagi sila komen, boleh di update.
NAT POKOK GETAH PAUH
 JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI DI PERLIS

Ahad

Nat mata Air
Nat Behor Lateh
Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji
Pasar Tani Taman Sena Kangar

Isnin

Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam jejawi

Selasa


Nat Pekan Simpang 4 Syed Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit

Rabu

Nat Balai Baru
Pasar Malam Stadium Kangar
Pasar Tani Seriab
PASAR MALAM STADIUM KANGAR - RABU

Khamis

Pasar Malam Titi Chai Utan Aji
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang 4

Jumaat

Nat behor Lateh
Pasar malam Pekan Simpang 4, Syed Kassim
Nat Pokok Getah Pauh

Sabtu

Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Jejawi

Sejarah Kangar Perlis

Kangar Zaman British
Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Ia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama jolokan sebagai "Uptown Sena".

Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan di Perlis.

Kangar di buka oleh Tok Peduka.Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat (Pangkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.

Bandar Kangar Tahun 2009

Bertempat di pangkalan inilah para pedagang berjual-beli di bawah sebatang pohon tinggi yang merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urusniaga inilah yang bernama “Pohon Kangar”. Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar Kangar ini diambil dari bunyi sejenis burung iaitu burung helang “kangor”. Pada masa awal kewujudan Bandar Kangar, terdapat banyak burung helang kangor berterbangan dikawasan ini.

Namun begitu, menjelang abad ke-20 fungsi “Pelabuhan Pohon Kangar” ini kian berkurangan di mana corak pengangkutan dan lalu-lintas kian berubah. Pengangkutan air telah berubah kepada pengangkutan darat di mana banyak jalan-jalan raya mula dibina. Pengangkutan utama yang dahulunya merupakan perahu dan tongkang telah bertukar kepada kereta dan lori.

Seterusnya pula, “Pelabuhan Pohon Kangar” ini berubah kepada pusat perniagaan dan pentadbiran di negeri Perlis. Kini nama pangkalan telah luput dari sebutan penduduk dan yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.

Teko Lama Orang Perlis


Ini adalah Teko Tembikar yang biasa digunakan oleh orang Perlis. Bunga hitam latar putih. Memang unik teko ini. La ni jarang kita jumpa.

Ubi Kayu Ikan Kering


Kalau orang bandar makanan ini jarang jumpa. Tetapi bagi masyarakat kampung di Perlis, ia adalah makanan yang selalu di buat. Sebab bahannya ada sekitar rumah atau kampung. Ubi kayu dan ubi kentang boleh makan dengan nyok parut. Nyok agak muda yang boleh parut. Ubi kayu di rebus dan juga boleh di makan dengan ikan kering. Ikan kering yang sesuai ialah haruan kering, gelama kering.

Memang sedap, boleh di jadi sarapan pagi atau minum petang. Kena dengan kopi O atau Teh O, memang terangkat kaki. Jom Balik Kampung.

Kuih Goyang Perlis


Kami di Perlis panggil kuih GOYANG. waktu masak memang kena goyang atas minyak panas. Bila garing angkat guna cakuk buluh atau penyepik. Waktu raya banyak di buat. Ia kuih tradisional orang Perlis

Parang Perlis


Parang ini orang Perlis panggil Bekoit atau Bekot. Diguna untuk kupas nyok atau tetak atau tebang pokok.

Periok Sadok


Periok ini orang perlis panggil dengan nama Periok sadok atau timba sadok, diperbuat dari besi. Biasanya zaman dahulu mereka guna untuk isi kuah laksa. Juga diguna peniaga laksa atau peniaga bubur kacang. La ni jarang digunakan lagi

Gerek Tayar Satu


Ini sebahagian basikal atau gerek tayar satu ciptaan orang Perlis. Nampak karat dah.

Gambar oleh

Mesin Jahit Lama


Mesin jahit ini semuanya dari besi, memang berat, kalau nak ubah teruk sikit la. La ni tinggal kenangan

Membajak Bendang Guna Kerbau


Orang perlis panggil mengala. Ini adalah cara orang dulu dulu membajak bendang mereka menggunakan kerbau. Sebelum ada jentera moden, maka ini alatan pertanian yang digunakan petani membajak tanah mereka. Bapa aku sempat lagi guna benda ini, sekitar tahun 70an.

BUKIT CHUPIN GUA BERINGIN

Bukit Chuping Perlis

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sekolah Rendah Putra , dahulu

Ini gambar pelajar dan guru sekolah rendah Putra. La ni dah di robohkan buat dewan.

Sumber

Sawah padi di Perlia


Perlis adalah negeri pertanian, Padi adalah tanaman utama, terkenang dulu, masa tahun 70 an suasana kampung yang sunyi dengan keheningan sawah padi terbentang luas. Jom pi Perlis.

Basikal zaman penjajah di Perlis


Di Perlis basikal di panggil GEREK. Ni gerek lama yang di ambil gambar oleh Pak Cik Wi. Menarik juga dan nampak cantik serta antik, siapa ada kenangan sila komen

Makan Buah Belingai


Anda pernah makan buah belingai, ini rupa buah belingai. Jarang jumpa la ni, rasa manis. isi macam asam jawa, tapi manis bila masak

Gambar oleh : Pakcik wi

Periok Kukus Tanah Liat


Periok Kukus Tanah Liat, banyak digunakan oleh penduduk kampung untuk kukus pulut. La ni guna periok aluminium.

Pisau Tebang Tebu


Ini pisau tebang tebu, waktu dulu ramai antara penduduk Perlis yang kerja ladang tebu chuping, jadi pisau ni yang digunakan untuk menebang tebu

Ketam Kayu


Ini adalah salah satu ketam kayu yang masih di gunakan oleh tukang kayu di Perlis, Walaupun sekarang ada ketam kayu elektrik tetapi ketam kayu masih digunakan dan ia adalah alatan tukang kayu melayu dahulu di Perlis.

Silat Di Majlis Kenduri Di Perlis


Ini adalah silat, satu seni di Perlis. Waktu dulu silat di majlis kenduri, memang sangat popular, La ni agak kurang dan jarang jarang. Anak muda kena belajar ni, silat warisan bangsa

Gambar oleh Kamaruddin Rejab

Cakok Guni Padi Petani Perlis


Orang la ramai yang tak tau, zaman 70an dan 80an masih guna lagi, sebelum mesin penuai padi masuk. Cakok ini di guna oleh pembeli padi atau petani untuk cakok guni padi. Guni padi akan di tanggung oleh petani atau pemandu lori naik ke atas lori. Orang berkenaan di kira gagah kerana dapat tanggung padi seberat 100kg atas bahu, kemudian naik ke lori pickup, Nissan atau toyota. Mereka akan naik dengan berjalan atas kayu 1' lebar tebal 2" panjang 10'. Ini gambar sejarah petani kita.

Musim sekarang padi terus di muat atas lori dari mesin penuai.

Gambar oleh :
0125561240

Bubur kacang makanan tradisional Perlis


Bubur kacang adalah salah satu makanan tradisional orang Perlis, Kalau makan petang petang, gu dengan teh O atau kopi O, sedap ni.

Gambar oleh :

DJ Kenduri di Perlis


Pak Cik Wi Sedang menjalankan tugas sebagai DJ di rumah kenduri, di Perllis.



DJ Pakcik WI memang terkenal di Perlis, Kalau kenduri ramai panggil dia. ni salah satu gambar kepunyaan pak cik wi, yang saya minat, untuk koleksi blog saya ini.

Gambar oleh Pakcik Wi, lihat FB dia

Cara Masak Nasi Kenduri Di Perlis


Ini cara masak nasi tingkat di Perlis. Pelengat dan di letak atas kawah. Talam berisi besas akan di susun kemas atas rak tingkat. Air di masuk dalam kawah. Kemudian rak tingkat yang dibuat dari aluminium akan di tutup. Api di hidupkan dan nasi dalam talam akan masak dalam 1 jam lebih. Masak cara ni, gerenti nasi masak elok, tak mentah.

Gambar sumbangan :

Rumah Tradisional Di Perlis


Rumah tradisional di perlis, ini salah satu rumah yang terdapat di perlis. Sebenarnya umah ini kalau di ubahsuai dan di beri sedikit setuhan yang kemas, kalau di polish dan di varnish, ia akan menjadi rumah yang mahal.

Gambar oleh Kamaruddin Rejab

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sayur Manis Campur Rebung


Siapa biasa makan sayur ini, Kalau di kampung yang ada tanam rebung, memang popular sayur ini. Setengah tu masak rebung sahaja. Cara nak buat sayur ini mudah sahaja. Bahan utama rebung muda, fresh lagi sedap. Tumis bawang, masuk air, rebung, sikit belacan dan garam cukup rasa, gula sikit. Makan panas panas memang terangkat, gu pula ikan haruan bakar atau puyu bakar, memang best.

Jom balik Perlis

Mentarang Perlis

MENTARANG PERLIS

Kalau balik Perlis atau mai perlis, jangan lupa lalu tepi laut, kawasan sungai Berembang dan kuala sungai baru. Ada jual tepi jalan, bersama belacan Perlis.

Pejabat MB Yang Lama


Ini adalah pejabat MB lama, atau lebih di kenali pejabat SUK, terletak di pusat bandar Kangar.

Masak Nasi Tingkat atau Pelengat


Ini cara orang Perlis masak nasi, untuk kenduri. Mereka akan guna talam yang di masuk beras dan air, talam tadi akan di letak secara tingkat, lihat gambar. Tingkat ini di buat dari aluminium atau kayu, La ni masih di gunakan.

Selepas itu, kubah aluminium akan di tutup atas tingkat tadi, wap dari kawah di bawah akan memasak nasi ini, tak perlu kacau, tunggu sahaja nasi masak.

Buah Keranji


Biasa makan buah ni, kadang tu masih ada jual pasar malam, tapi kadang susah dapat. Pokok nya tak banyak orang tanam.

Pantun

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu, 
Suruh makan hang makan, 
Suruh mengaji hang tak mau

Lesen memandu dulu dulu


Ini adalah lesen kereta motor zaman dahulu, sekitar tahun 80 an. Kena masuk sarung plastik, lipat masuk beg duit. siapa ada lagi lesen ini, sila komen

Buah Setoi


Ini buah setoi, tempat lain saya tak tau panggil buah apa, tapi kat Perlis Panggil buah setoi. La ni pokoknya dah tak banyak orang tanam, ia ada pada dusun lama di setengah kawasan. Isi manis, kulit dalam kelat sikit, kulit dalam boleh cicah garam belacan. Ini buah zaman dahulu yang popular di kampung kampung di Perlis

Pinggan Bunga


Zaman dulu orang Perlis banyak guna pinggan jenis bunga ni. Dulu mak saya banyak guna, tapi sekarang dah tukar kepada pinggan jenis moden.

Buah Kerkup


Orang Perlis panggil buah ini buah kerkup. Rasa manis kelat, Gambar ini menunjukan buah kerkup yang telah masak. Memang sesuai untuk yang sembelit, makan ni mudah lawas. Dulu banyak pokok ini, sekarang jarang kita jumpa. Ia tumbuh di pinggir kampung dan hutan. Pokoknya berduri.

Tengok TV Hitam Putih Disekolah


Masa dulu, sekitar tahun 1972, masa tu TV pendidikan dalam hitam putih, Kami akan di bawa ke bilik TV bagi menonton rancangan TV pendidikan, la ni Astro Tutor.

Teringat semasa lawan Tinju, antara Mohd Ali lawan Joe Bugner di Kuala Lumpur, Cikgu bawa kami pi tengok tinju, kelas di hentikan.

Khamis, 27 Oktober 2011

Pulut Panggang Perlis

PULUT PANGGANG PERLIS

Perlis kaya dengan makanan tradisionalnya, kalau mai perlis, carilah pulut panggang, banyak di jual di pasar malam atau tepi jalan. Rugi kalau tak rasa pulut panggang.

Cara makan, boleh cicah dengan manisan nipah, 

Qasidah kuih tradisonal Perlis


Kuih Qasidah, orang Perlis panggil qasidah, buat dari tepung gandum di bancuh air dan di masak hingga pekat kemudian di tuang dalam talam, di biar sejuk . Atas di tabur bawang

Siapa biasa makan, sila komen

penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad 68


Semua ni penuntut tingkatan 5B 1968 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad (SMKDSA Arau Perlis) sesiapa yg mengenali atau anak cucu mereka yang nampak, sila komen dan maklumkan. Ini kenangan bagi mereka yang pernah ngaji di sekolah ini

Cikgu Sek Simpang Empat Perlis 70an


Gambar Cikgu dan pekerja Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis sekitar tahun1972. Siapa kenal cikgu dalam gambar ini, sila komen

Alatan tradisional melayu

Alatan tradisional melayu perlis

Alatan tradisional melayu Perlis, serkap ikan, bubu, alu, Gambar ini dari komuniti 1 Malaysia Paya guring. Perlis..Gambar Anuar che Amat..

Lepak Kedai Kopi Di Perlis

gambar kenangan di kedai makan perlis

Dahulu lain, cara orang lepak, ini salah satu cara lepak atau makan di kedai kopi, lihat gaya pakaian dan kerusi meja di kedai makan, banyak bezanya dengan sekarang. Seluang besar paha aku minat

Tentu banyak cerita nostalgia bila melihat gambar kenangan lama lama, 

Sarang Burung Atas Pokok Nyok


Ni kalau nak tau, ini sarang burung tempua, rajin buat sarang atas pokok nyok, sini panggil pokok nyok. KL panggil kelape.

Hon Keling Roti


Dulu orang India mai Perlis jual roti, jadi mereka guna hon ini, nak guna picik dengan jari tangan.

Cucuk Sanggul


Ini gambar cucuk sanggul. Dulu wanita melayu rambut panjang. Jadi buat sanggul, guna benda ini untuk buat sanggul.