Isnin, 31 Oktober 2011

Bandar Kangar Perlis

KOMPLEKS DUN DAN PENTADBIRAN BARU PERLIS
Kangar merupakan pusat pentadbiran Negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan.

Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah perlabuhan darat (Pengkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.

Bertempat di pengkalan inilah para pedagang berjual beli di bawah sebatang pohon tinggi dan merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urusniagainilah yang bernama “Pohon Kangar”. Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut


Kangar La Ni

Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Dimana bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain dari itu, bangunan-bangunan lain adalah seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Derma, Masjid Alwi, deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena sejarah Bandar ini seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.

Justeru itu, tidak hairanlah jika kita menemui beberapa buah kota di Negeri Perlis ini dan diantarannya ialah Kota Sena yang terdapat di Bandar Kangar. Hakikat sebenarnya, Bandar Kangar turut menyimpan pelbagai khazanah warisan senibina yang kian dilupakan oleh kerana ketiadaan penyimpanan bahan-bahan artifik sejarah yang sempurna di negeri ini pada suatu ketika dahulu

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS ANDA